Monday, 14 January 2013

kek puaka

sedap ke cake aku buat? kakak aku selalu perlekeh kebolehan adik kandung dia kan? sian aku. feeling2 cinderella laks. perghhh tengok gambar la weh. okay today aku nak share recipe moist choc cake yang mudah melampau. so apa lagi torcogat  laie tu? poie amik pen ngan kotas ha.ni bahan bahan cake yo. jap lagi aku kasi untuk kuah choc tu hehe.

dia ada 3 bahan asing tau . so ikut group la macam aku kasi. jangan campur tanpa perasaan bersalah. takjadi jangan tanya kenapa la.

BAHAN A :

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cayaq (cair untuk keyel)
1 cawan susu pekat
1/4 minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe ( recommended) siryes sedap campur ni!

*semua bahan ni digaul sekata la. masak selow selow atas api perlahan. kacau selalu so tak berketul. make sure gula pasir tadi larut. lepas dah konfiden gula dah larut, tutup api and biar je dia. biar dia berdikari. sampai bila dia nak harap kat kita je?(tetiba)

BAHAN B : DIAYAK(guna penapis santan pon boleyyy)

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

BAHAN C :

4 biji teloq(telur untuk keyel)
*pukul dia agak agak sampai dia kembang. jangan kembang sangat pulak. guna blender pon boleh. aku blend je. dalam 3 min camtu.

STEP BY STEP :

campur BAHAN B & C dalam BAHAN A. selang seli la. so first campur yang tepung2 tu.  pastu campur telur pulak. selang seli okay. gaul  pakai senduk. taknak berketul korang boleh tapis masa campurkan tu.

bila dah sebati teruk, masukkan dalam loyang untuk dikukus. sapu sikit butter atau minyak masak supaya tak melekat.  kalau melekat jugak, stop buat cake pastu pi pizza hut makan pizza je.

kukus dalam 45 min atau 1 jam. aku punya cake almost 1 jam setengah jugak la. so depends. kalau nak check sila cucuk cake guna pisau. kalau cake still melekat kat pisau, tu maknanya cake tak masakk lagi. pi layan post belog aku sebelum2 ni. hehee  ^^

lepas cake dah siap tu, jangan cepat sangat nak terbalikkan. bagi dia relax dalam 30 min. lepas cake dah sejuk baru la terbalikkan atas pinggan ok.

now kita nak masak untuk topping dia pulak.
bahan bahan :

150 g coklat masakan ( aku guna 3/4 bar satu plastik tu)
1/4 cawan air panas
1 sudu besar mentega
1 sudu besar susu pekat

*mix semua pastu masak cara double boiler.
*double boiler : masak air dalam kuali, amik loyang atau mangkuk besi, masak la coklat dalam tu bagi cair. kira dia guna air panas yang mendidih untuk melt kan coklat kita. tak paham mai junpa aku depan depan.  wahaha.

lepas dah siap topping cekelat tu, boleh la jirus atas kek anda. aku memang letak topping sampai tumpah. hehee.



perghhhh ni la rupa dalam dia. siryes sedap sampai aku buat 2 kali sehari. hope this recipe help much. byep!

until then,
LOTSA LOVE,
aimi ahmad

Thursday, 10 January 2013

BFF? ADA KE?

wah title kasik gempak! biar sentap awal awal sikit hehee. ada orang kata.. orang la kata kan.. yang kita ni takleh hidup tanpa kawan sekeliling kita. dulu masa aku Standard 1 aku rasa cam yeke? oh really? memang kena ada kawan eh sebab masa tu aku still bodoh piang so i know nothing. kawan je sapa yang sudi nak main sekali. tapi kan, masa aku tadika dulu, aku ade sorang bff ni. aku ngan dia sangat la rapat. nama dia aku panggil Wafi je. sama umur. but lepas PMR,  weols lost contact sebab memasing dah besar & malu malu anjing. bajet dah baligh & takut ade simpan perasaan la kisahnyaa. tapi seriously i miss him. i mean a lot. kami boleh kenal sebab parents kami hantar kami kat same babysitter. tapi tadika kami lain lain. haish mana la Wafi ni skang ek? hahaa  tetiba je ingat dia. okay today punya post aku nak share pasal KAWAN. start daripada Form 2 la aku mula ade friends yang betul betul friends. and they are......

1) NADIRAH BT AMRAN



D! ya Allah i miss her a lot. dalam group CC kira dia the most yang faham aku even semua pun paham aku. eh apa yg cuba aku sampaikan? aku kenal dia since Form 2. almost 5 years. macam macam la cerita jadi. gaduh semua penah kan D? aku sedih ni D. even kita jauh, you re still my bestfriend no matter what tau darls!  me love you! D ni soft orangnya. for God's sake aku puji bukan sebab dia bestie aku tapi seriously yes. kira dalam  phone tu suara manja la. korang mesti wonder camna la D ni boleh kawan ngan aku yang kasar dan loklaq ni? Allah  knows the best. D ni taken. sorry! dah lawa sape taknak kan? dia memang lawa. now dia tengah study kat Form 6. goodluck in whatever you deal with your life sayangggg! D hang ingat tak dulu time kita cari sasaran? keta AGY tu? kita kan bengong sikit time sekolah dulu. hmm how time flies kan. dalam kelas D rajin gila buat homework. kira sure siap la. even aku dok sebelah dia dalam kelas, still aku tak siap jugak. aku ni pemalas and so on. kira D selalu la tolong aku. best bila hangout ngan hang D. apa aku nak buat sure hang pon rasa sama kan? ke aku perasan sorang ni weh? hahaa. please jangan cari pengganti aku tau? :(

2) SOLEHAH BT ABDUL RANI



hihii. aku kenal Leyha start Form 3 rasanya. sebab kita classmates kan Leyha? aku start rapat rasanya Form 4 kot. apa yang best pasal Leyha ni sebab dia sangat la kelakar. dia suka buat lawak bodoh melampau. kelas sangat happening bila ada dia. kira kalau nak target budak bising dalam kelas waktu BM, en Azaini mesti target aku, hang and Dayah kan Leyha? sian kita hahaa. even dia ada banyak masalah, dia still boleh gelak dalam kelas. aku pon tak mampu buat camtu weh. tabah okay? aku and CC semua ada untuk hang. walaupon hangg dah pegi Sri Iskandar tu, jangan la lupa aku. aku rindu hang weh. jangan cari pengganti aku pon tau! waktu rehat dulu ingat tak kita pulun letak sambal berlambak dalam ketiaw sup sebab nak lawan sapa lagi banyak. ya Allah weh, sumpah aku rindu time rehat kita. time tu la kita gosip gedegang pasal macam macam. skang aku takda mood nak bahan hang weh Leyha. next time jela hehee. now leyha kat UiTM sri iskandar. love you!

3) NUR HIDAYAH BT AHMAD


weh dayah! aku selalu bahan hang, usik hang, kacau hang, semua tu sebab aku sayang and rindu hang sangat tau! ingat tak kita ngan Nad gila jap dulu. cam bodoh kan? tapi aku rindu semua tu weh. now hang dah pegi KL. stay tetap sana dah. susah betul nak junpe kan skang? hang sempoi. kadang2 gedik tapi gedik cute *muntah. aku tau hang saja buat sebab nak annoy aku kan? kita penah gaduh ke? sebab if hang ngusik aku, aku takkan terasa sebab aku tau hang sama gila cam aku. aku just nak pesan jangan cari bestfriend baru tau. nanti aku jeles hmmm :( balik taiping bagitau aku. miss you badlyyyy. pict atas ni sumpah hang cute *muntah lagi. weh aku muntah sebab aku taksihat bukan sebab kutuk hang. eh yeke? hang lagi la lawak.ingat tak time BM, hang tido dalam kelas. pastu bila hang dah bangun, en Azaini suh hang tido balik. hahaa sumpah time tu lawak. now dayah kat Poly. love you babyyy.


4) NURFARAHIN BT SHAHRUL NALZA


pain! leader CC. wahaha. sukati aku je. aku start kenal pain masa Form 2 kan? start rapat Form 3 rasanya hahaa. yeke? maap if salah. aku suka kawan ngan pain sebab dia akan buat apa yang dia kata. kira cam dia tak macam janji lebih tapi apa pun takde, ha camtu la. tapi pain ni degil. hahaa bestnya kutuk hang wehh sebab hang jauh. kutuk kutuk manja weh! hang suka ikut kepala hang je kan tapi aku tau tu semua prinsip hang. even hang keras kepala, hang baik. pain ni jenis akan backup kawan even kawan dia salah. hahaa. tapi masa form 5 aku kurang rapat sikit ngan hang kan. cos hang rapat ngan tikah masa tu. dulu masa dalam kelas kira duk depan la muka hang. kesayangan Pn Shahiratul. pandai acc kan. jeles aku huh! aku still ingat waktu aku pegi tido umah  hang tu. hang  bawak aku ronda larut tin. even dalam hati aku kata ' apa ke bosan tempat pain bawak aku ni' tapi still best weh. semua tu memori yang aku takkan lupa. weh ingat tak group kita plan nak pegi overnight? habuk pon tak jadi wahaha. padahal planning over kita kan. nak buat cam paranormal la sangat. sampai  kira bajet. hahaa.  budak form 5 sangat kan! now pain kat UPSI. love you pain!


6) NURATIKAH BT ABDUL RAHIM



tikah! budak paling pendek and kecik dalam CC. hang dah berubah no. kira cam diana amir versi Taman Kaya la wahaha.  makin lawa sejak pakai tudung. ni puji betul weh. tikah pon ada blog jugak kan? jangan kutuk aku kat blog pulak lepasni. hehee.  tapi kita start baik masa form 5 kan? sebab classmates kan? ha tikah ni pon satu pesen cam nad, rajin buat homework la kira. dia rapat ngan pain. dulu masa kita tak rapat lagi, aku asyik duk rasa hang poyo. hahaha jujur habis aku ni. yela hang kan muka sombong. betul la weh orang dok kata 'tak kenal maka tak cinta'. eh pebende kaitan? kita bercinta ke? but lepas aku kenal hang, hang best. hang suka gelak je. tambah lepas hang pakai tudung ni, lagi la makin sopan. tak macam aku. hantu air versi bertudung. now tikah kat UiTM kelantan. sesat sorang dah member kat kelate. jauh weh. jangan cari bestfriend baru pulak! aku tau la mek kelate lawa lawa. huwaaaa.


7)  NUR AFINI BT ZAINI



uish ni hotstuff Convent ni hahaa. kami panggil dia Along. sebab perangai dia macam kakak. suka marah kami if kami nakal. aku, solehah and dayah rajin ngusik dia. tapi jarang la dia nak terasa sebab paham dah perangai kami. kita start rapat masa form 5 kan long? sebab classmates jugak. miss you. along ni jenis tak berkira. baik sangat. and dalam kelas selalu bajet rajin wahahha. padahal memang rajin pun kan long? *pengsan dia selalu marah kitorang if kitorang plan nak buat nakal or jahat sikit. now along study kat KPTM. love you along!


8)  NUR MUSFIRAH BT MOHAMED SALLEH



actually lama tak pegi photoshoot ngan mus. wahaha berangan aku. lawa kan mus? kira lepas aku, mus la paling lawa dalam CC ni. rasa nak bunuh aku depan khalayak tak? hehee gurau je. time ni jela pon nak bagi korang meluat. mus ni aku start rapat masa form 5 jugak. sebab classmates lagi hehee. dia rajin. anak tunggal ni. so agak manja la. bestnya hidup dia kan? dah la lawa, anak sorang so sure la apa mintak pon dapat.  dia suka gelak je. kadang kadang pendiam. tapi kalau bab ngutuk orang kadang kadang dia naik  jugak hehee. dia rapat ngan along dalam CC ni. walaupon kitorang ade cam rapat and kurang rapat, weols still rehat semeja and dalam kelas memang duduk rapat rapat la. mus now study kat UiTM melaka. weh kalau orang ngorat hang, kata hang ada member single sorang. hahaa. love you!


SO, eh aimi jangan nak capslock sangat lah! aku capslock so orang tau aku nak sampai the end dah ha. ni la bestfriends and girlfriends aku yang comel, yang lawa, yang bengong, yang baik, yang mulia, yang jahat, yang  nakal,  yang kuat kutuk aku, yang pandai. eh semua yang la kira. aku sayang korang tau! muaaaahhhhh bebanyak! i promise i wont find others like uols! hidup CC! (tetiba)

p/s: esok pagi pukul 8 ada LDK kat UiTM. sayang UiTM! UiTM di hatiku! --'

until now then,
LOTSA LOVE,
aimi ahmad

Thursday, 13 December 2012

my darling rumet

as salam alaykum. today memang heaven la sebab no class at all. me lovey UiTM! eh tetiba padahal tak ikhlas kan. next week dah holiday! yeah! cuti krismas. seminggu weh! dunia dunia! mak and ayah now tengah honeymoon okay? kemain betol. dah tu pandai pulak pilih date yang anak2 busy dengan work andd studies kan? *sigh well done la your plans mom! maybe my parents just pegi terengganu or kelantan kot? i lupa pulak nak tanya that day. okay as i promised i nak buat entry pasal my rumet kan? here the story begins.. shhhh...  romantic tak? --'okay sorry lawak dah bosan. maap maap!


 okay time ni lawak. weols plan nak tengok movie Aku Terima Nikahnya coz baru je keluar wayang.  alih alih kitorang pegi CS tengok diorang tak amik filem tu. okay sentap jap sebab dah sewa keta and tak baloi nak patah balik UiTM kan? so we decided pegi Aloq Setaq. hahaa. aku la yang drive. dalam 45 mins sampai la. sempat diorang perli aku drive laju. kata kete sewa tu pakai turbo. fine rumet fine. and luckily pegi  one mall ni yangg i dah lupa nama and ada this film. memang soooo romantic and sweet! tak sabar nak kawin! eh?!


kalau la i ni wife si ady putra mau i lambung dia bila balik rumah. like seriously uols takkan jealous if husband korang acting so close ngan actress hot and cute cam nora danish? no wayyyy mayyynnn! that is so not me okay? 

okay ni masa kitorang pegi shopping kat CS. bosan nya CS ni hahaa. tapi enjoy with my lovely rumet. yang kanan tu Eran. dia ni asal Jitra tak silap. hahaa sorry kalau i silap Eran! dia ni gila gila and fun orangnya. cute and lovely. suka bergurau and tak cepat sentap. perangai dia yang i puji is dia tak berkira. love you already. now dia dah pindah blok f4. ngan bff dia nadya. so left me ajeerah and ena. yang jirah ni yang belah kedua dari kiri tu jirah. dia baik. dia 23 y/o. kind hearted, kelakar, cute, loving and tak berkira sama cam eran jugak. love you okay.
yang sorang lagi is aina or for simple ena je. dia kurang cakap tapi baik. suka layan cerita karoot komedia ngan dia and jirah. kitorang memang gelak cam gampang la. me loves you ols! 

cukup tak my descriptions pasal my rumet? cukup la kot? sebab secrets remains unveiled kan? so, nice to hear, nice to keep.

until now then,
LOTSA LOVE,
aimi ahmad

Wednesday, 12 December 2012

new chapter new life!

as salam alaikum. cam minah arab tak? i knew it! today is 12/12/12 so eventually i nak rasmikan blog berhabuk ni. yela kan readers pon ramai. 

haip! tutup mulut tu. menguap pulak. bosan ke? hahaa. for those yang still wondering who is this girl? for simple just panggil i aimi. nama manja sikit amy la. manja ke? hi this is so me okay? gemok and gemok!


i suka cakap. but to those yang sama kepala ngan i je. depan depan maybe nampak i ni macam pendiam and snobbish. but hey! you dont even talk a shit with me pastu nak condemn i ni snobbish. brahhh. like i care. i suka buat hal i sendiri and rarely nak kacau orang apatah lagi nak gossip pasal orang. for me orang yang gossipping with us tu lah yang akan gossip pasal i. so hey! please stay away. i suka surrounding yang happy and less stress. skang ni i kat UiTM Merbok, Kedah. 

still pursuing my studies. kat sini i ambik Dip in Public Admin. seriously me dont likey this course! betol! this course susah and my first sem pointer was not that good. i was hoping i dapat course macam TESL ke, Dip in Eng ke? coz i minat nak jadi cikgu. ya for real. hmm maybe rezeki i nanti in this field kan? just trust Allah and inshaaAllah ada jalan kan? pray for me guys! now im in my second sem. three sems to go through. inshaaAllah. hope dapat la Dean this sem. mengidam oi. okay la briefly course i ni ade study pasal political science as its core subject. kira subject most important. and guess what memang subject ni la paling hell bagi i pon. yang lain was okay for me. entah la. maybe it will take time kan? hmm then ada jugak belajar pasal maths, management, agama for sure, hbu that means kokorikulum. ingat high sch je ada koko? sini pon ada makanan tu. tapi sini ada banyak pilihan jugak la. and guess what apa yang i ambil? brassband. yang main instrument music tu. bila i cakap i brassband team memang ramai tak caya la and tanya lagi sekali. hahaa and i was like yeahh. sokay la maybe nampak kot kat muka i ni tak penah main kompang sekalipon. yang i cerita semua ni untuk first sem. and for next sem which is sem 2 i ada subject accounting, economy, hbu still ada until part 3 okay? *sigh pastu ada jugak ctu(agama), bel which is the best one! lecturer best subject pon best memang happy la. bel ni kira macam English la. time subject ni jela pon i rasa cam less stress and enjoyable sangat! even i ni bukan suka sangat pon English tapi best la my class. this sem i tukar class masuk class E. and this class was better la daripada my previous class. not to mention la tapi i kurang rapat ngan my ex classmates so it was nott really good la. now pon still tak rapat but i was really hoping la dapat baik ngan my new classmates.  they re really happening and baik. i mean macam seronok la dapat sekelas. dorang even tak tego i tapi i can feel their warm greetings hahaa perasan. this is izza and yaya and me. baru je snap tadi and i kalot upload. hegeh hegeh tak? zzz
dorang really satu kepala and gila sekali. i suka their act sebab tak cepat sentap! peace yaww! we re Dipacadians! muncung i over eh? saja nak bagi uols nyampah. skang pukul 2 am dah. my rumets sayang dah ngigau dah ha. i still on my bed and typing kat sini. next entry i ll write about my rumet okay? 

until now then,
LOTSA LOVE,
aimi ahmad